BERITA SEMASA

Gangguan elektrik di PJ, kawasan sekitar pulih sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya, hari ini, pulih sepenuhnya.

Pemulihan bekalan itu dimaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan di akaun media sosial rasminya, sebentar tadi.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan terbabit atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

“Mohon maaf atas kesulitan yang dialami dan kesabaran anda amat kami hargai,” kata hantaran itu.

Terdahulu, satu gangguan bekalan elektrik melanda Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya.

TNB dalam satu kenyataan berkata, pasukan teknikalnya sudah berada di lokasi untuk melakukan kerja membaik pulih bekalan elektrik.

Selain itu, TNB juga berharap pengguna berhati-hati ketika mengendalikan peralatan elektrik, terutama sepanjang tempoh gangguan terbabit berlaku kerana bekalan elektrik mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button