BERITA SEMASA

Kementerian Perpaduan umum masuk percuma ke Muzium Negara hujung minggu ini

PUTRAJAYA – Sempena tiga tahun pentadbiran
Kerajaan MADANI serta sambutan Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium
Malaysia (JMM) mengumumkan kemasukan ke Muzium Negara secara percuma.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Perpaduan memaklumkan kemasukan percuma itu adalah
bagi tempoh 6 dan 7 Disember, iaitu hari ini dan esok, khusus buat semua warganegara Malaysia.

“Inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat, khususnya golongan muda dan keluarga, untuk mendekati sejarah tanah air serta menghargai warisan yang membentuk identiti negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam kenyataan sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, percaya pemahaman sejarah adalah asas penting dalam memupuk perpaduan, memperkukuh nilai kebangsaan dan mempertingkat rasa kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.

“Usaha membuka akses percuma ini diharapkan dapat memberi peluang yang lebih luas
kepada masyarakat untuk kembali menyelami akar sejarah negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Muzium
Negara menempatkan empat galeri utama yang memaparkan keseluruhan perjalanan sejarah Malaysia merangkumi era prasejarah,
kesultanan Melayu, penjajahan, dan pembangunan negara moden.

Pelawat boleh merujuk laman rasmi Muzium Negara bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai galeri dan pameran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button