BERITA SEMASADALAM NEGERI

Bas percuma sempena Minggu Perpaduan Kebangsaan 2025

BATU KAWAN – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi Rapid Bus Sdn. Bhd. akan menyediakan perkhidmatan bas perantara secara percuma sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung di perkarangan Stadium Batu Kawan, di sini, dari 17 hingga 20 Julai ini.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan bersama Prasarana memaklumkan, sebanyak tujuh buah bas Rapid Penang akan beroperasi sepanjang tempoh sambutan tersebut bagi memudahkan orang ramai hadir ke tapak acara.

Katanya, kemudahan itu adalah sebahagian daripada inisiatif bersama KPN dan Prasarana untuk menggalakkan kehadiran dan memudahkan pergerakan pengunjung.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, pihak kementerian menghargai sokongan yang diberikan oleh Prasarana dalam menjayakan sambutan berkenaan.

“KPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prasarana atas inisiati perkhidmatan bas perantara percuma kepada orang ramai.

“Ia mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa sistem pengangkutan awam yang inklusif dan mesra rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn. Bhd., Ku Jamil Zakaria berkata, pihaknya komited dalam menyediakan kemudahan pengangkutan kepada orang ramai, khususnya dalam menyokong program yang berimpak tinggi seperti ini.

Katanya, melalui kerjasama strategik itu, orang ramai digalakkan merancang perjalanan dengan lebih awal bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan dan bersama-sama menjayakan objektif program dalam menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.


Berikut adalah perincian pengoperasian perkhidmatan bas perantara yang disediakan kepada orang awam.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button