BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tragedi UPSI perlukan siasatan menyeluruh, tindakan setimpal – Adam Adli

PUCHONG — Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, meluahkan rasa dukacita terhadap kemalangan yang membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

“Saya menyifatkan insiden ini sebagai satu tragedi yang wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak.

“Kita harap ahli keluarga dan semua yang terlibat diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan selepas tragedi ini,” katanya pada majlis Pengumuman Finalis Anugerah Lagu Indie 2024.

Mengulas lanjut, beliau menzahirkan rasa kecewa pada faktor yang menyebabkan insiden itu dan menegaskan siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi memastikan keadilan sewajarnya diberikan kepada mangsa dan ahli keluarga.

“Kita amat terkilan dengan beberapa perkara yang telah berlaku. Saya harap siasatan mendalam dapat dijalankan dan tindakan setimpal diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab,” tambahnya.

Beliau menekankan insiden itu tidak hanya dirasai oleh keluarga mangsa, malah memberi impak kepada masyarakat secara keseluruhan, khususnya komuniti mahasiswa.

“Ini bukan isu kecil. Ini secara jelas satu tragedi yang dirasai oleh semua lapisan masyarakat,” tegasnya.

Tragedi tersebut mencetuskan respons meluas dalam kalangan masyarakat dan kepimpinan negara.

Perkembangan itu turut mengangkat semula perbahasan berkenaan tahap keselamatan dan keperluan penambahbaikan kemudahan pengangkutan untuk mahasiswa di institusi pengajian tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button