BERITA SEMASA

Permohonan tukar lesen memandu asing kini lebih mudah bagi warganegara

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan menambah baik tatacara pertukaran lesen memandu asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi warganegara Malaysia.

Pelaksanaan ini tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahbaikan ini dilaksanakan bagi menjamin kompetensi pemandu dan pematuhan peraturan.

“Penambahbaikan ini memudahkan urusan pertukaran lesen memandu asing kepada LMM demi menyokong mobiliti rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran ekonomi semasa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengikut dasar sedia ada, pertukaran lesen memandu asing kepada LMM hanya dihadkan kepada tiga kumpulan, iaitu warganegara Malaysia yang memiliki lesen asing sebelum mempunyai LMM, peserta program Malaysia My Second Home (MM2H), serta individu dalam kategori kor diplomatik.

Anthony melaporkan bagi menyokong mobiliti rakyat Malaysia yang berada di luar negara, warganegara yang memiliki lesen memandu asing yang sah dan tanpa sekatan kini boleh memohon pertukaran kepada LMM.

Walau bagaimanapun, kelulusan ini tertakluk kepada semakan rekod serta pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

Warganegara Malaysia boleh mula memohon pertukaran lesen memandu asing di mana-mana pejabat JPJ Negeri bermula 1 Jun 2026. Permohonan tersebut akan mengikuti tatacara baharu yang telah ditambah baik oleh pihak kementerian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button