Perincian isu kewarganegaraan 7 pemain warisan akan dibuat di Parlimen hari ini – Saifuddin
PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan memberikan penerangan berhubung isu kewarganegaraan tujuh pemain warisan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Parlimen hari ini.
Beliau berkata, penjelasan yang lebih terperinci akan diberikan agar rakyat mendapat gambaran yang jelas dan tepat mengenai perkara itu.
“Saya jemput rakan-rakan untuk turut mengikutinya di saluran rasmi Parlimen Malaysia.
“Isu ini telah saya jelaskan dalam beberapa pertemuan bersama pihak media sebelum ini, bahawa segala undang-undang serta prosedur telah Kementerian Dalam Negeri (KDN) patuhi sepenuhnya,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu beliau berharap rakyat Malaysia akan dapat memahami isu tersebut dengan sebaiknya serta memberi ruang kepada semua pihak yang terlibat termasuk FAM dan FIFA untuk meneruskan proses yang sedang berjalan.
“Kami di KDN kekal komited memastikan setiap keputusan dibuat secara telus, berasaskan Perlembagaan dan demi kepentingan negara,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








