BERITA SEMASA

‘Pergerakan saya dipantau TCO’ – PM Anwar

GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pergerakan beliau turut tertakluk kepada penguatkuasaan dan tindakan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) dalam sistem kawalan sempadan oleh pihak berkuasa.

Beliau turut menjelaskan, semua kenamaan tertakluk kepada tindakan berkenaan.

“Saya pun ada (tertakluk kepada tindakan TCO), semua VIP (kenamaan) ada,” katanya ringkas kepada pemberita selepas program Meet Anwar @IIUM, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mempersoal mengapa dirinya diletakkan di bawah pengawasan TCO.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya semalam, Ahmad Samsuri mendakwa dilabel dan ditanda sebagai individu di bawah status TCO sejak pertengahan tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, isu itu akan dibangkitkan di Dewan Rakyat supaya satu Jawatankuasa Terpilih Risikan ditubuhkan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button