BERITA SEMASA

Malaysia, Turkiye perlu jadi suara pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar – PM

ANKARA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Turkiye perlu tampil sebagai suara pengimbang kepada hipokrasi kuasa besar khususnya dalam isu penindasan berterusan di Gaza serta konflik di Venezuela.

Anwar menegaskan, negara-negara membangun harus sedar bahawa masa depan mereka tidak semestinya bergantung kepada mana-mana kuasa besar secara tunggal.

“Kemajuan teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI), mesti dipandu oleh nilai dan kebijaksanaan agar memperkasa manusia, bukan mencipta ketidaksamaan baharu atau menghakis maruah insan.

“Undang-undang antarabangsa tidak boleh diamalkan secara selektif. Kekejaman di Gaza tidak boleh dinormalisasi atau dijadikan preseden,” katanya.

Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum bertajuk Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Türkiye di Hotel J.W. Marriott Ankara semasa lawatan kerja rasmi beliau di Turkiye.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum bertajuk Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye.

Dalam pada itu katanya, ketika dunia sedang melalui peralihan kuasa global yang mendalam melibatkan ekonomi, keselamatan, teknologi dan tatakelola antarabangsa aturan lama tidak lagi memadai.

Sehubungan itu katanya, Malaysia dan Turkiye akan terus bersuara, bertindak dan menuntut keadilan.

Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum bertajuk Power Shift: Strategic Choices for Malaysia and Türkiye di Hotel J.W. Marriott Ankara semasa lawatan kerja rasmi beliau di Turkiye.

“Tatkala dunia yang sarat persaingan kuasa, Malaysia dan Turkiye mesti memperkukuh kerjasama strategik, mempertahankan prinsip bersama, dan memastikan hukum terus membatasi kuasa, bukan sebaliknya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button