GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, BKK berjumlah RM300 juga bakal diterima penyelia, guru dan kakitangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR), sekolah menengah agama rakyat (SMAR), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) dan sekolah persendirian Cina di negeri itu.
Tambahnya, pembayaran ini akan disalurkan kepada 7,066 penerima bermula 19 Mac ini, dan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM7.81 juta.
“Pemberian BKK itu tanda penghargaan kerajaan negeri kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri atas sumbangan dan komitmen tidak berbelah bahagi mereka.
“Ini termasuk dalam merealisasikan Visi Penang2030 iaitu ke arah sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kon Yeow turut berkata, pembayaran BKK itu akan dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








