JENAYAH & MAHKAMAH

Penghantar e-hailing maut langgar kereta rosak di Lebuhraya Pantai Baru

KUALA LUMPUR – Seorang penghantar motosikal e-hailing maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta yang berhenti akibat kerosakan di Lebuhraya Pantai Baru, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 tengah hari itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut kira-kira 10 minit selepas kejadian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kiri jalan selepas mengalami kerosakan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Hussin menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Jayseelan Suppaya di talian 011-10252531 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button