Pengerusi DAP Johor seru akar umbi perkukuh gerak kerja
KLUANG – Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menyeru anggota parti supaya mengukuhkan gerak kerja dan menggembleng kekuatan akar umbi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mungkin diadakan seawal tahun depan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh itu berkata, jentyera parti di peringkat cawangan perlu bersedia kerana senario politik di negeri jauh berbeza dengan Persekutuan.
“Apa sahaja formula akan diguna pakai DAP, Pakatan Harapan (PH) mahupun BN (Barisan Nasional) untuk PRN akan datang, kekuatan akar umbi harus digembleng.
“Selebihnya kita harus memberi keyakinan penuh pada pimpinan parti dalam menetapkan langkah serta tindakan selanjutnya, sama ada memasuki PRN sebagai gabungan Kerajaan Perpaduan atau sebagai PH.
“Saya percaya, dengan persiapan rapi kita mampu pastikan kemenangan DAP bagi mendepani pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook milik,ya, hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Berkelompok bagi 15 cawangan DAP di kawasan Kluang, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Wong Shu Qi yang juga Ahli Parlimen Kluang dan ADUN DAP Mengkibol, Chew Chong Sin.
PRN Johor pada 2022 menyaksikan BN meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh majoriti dua pertiga.
BN menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor; PH (11), Perikatan Nasional (3), manakala PKR serta Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








