LUAR NEGARA

Pengeluaran beras Indonesia dijangka menurun 5 peratus

Akibat fenomena El Nino

JAKARTA – Pengeluaran beras di Indonesia dijangka menurun sekitar 5 peratus akibat fenomena cuaca El Nino.

Sehubungan itu, Agensi Makanan Kebangsaan Indonesia (Bapanas) bercadang mengeluarkan rizab makanan kerajaan dipegang agensi perolehan makanan negara, Bulog dan perusahaan milik kerajaan, ID Food bagi menangani isu tersebut.

Ketua Bapanas, Arief Prasetyo Adi berkata, Bulog kini memegang kira-kira 1.5 juta tan stok, dengan tambahan sekitar 400,000 tan.

“Kami berharap penurunan pengeluaran tidak melebihi 5 peratus, tetapi kami sedia mengambil tindakan jika ia mencecah 7 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, lapor agensi Bernama.

Justeru, Arief menggesa semua pihak berkepentingan supaya terus mempercepatkan usaha meningkatkan pengeluaran domestik.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Indonesia, BMKG meramalkan fenomena El Nino akan berlanjutan hingga awal 2024 berdasarkan ramalan hujan bulanan.

Keadaan semasa menunjukkan lonjakan harga beras (GKP) mencecah julat 6,700 – 7,000 rupiah (RM1 = 3,276 rupiah) per 1 kilogra, (kg), manakala harga beras sangat bergantung kepada harga GKP.

Faktor lain yang mempengaruhi harga termasuk kos baja, perbelanjaan pengangkutan dan kos buruh.

“Walaupun memadankan harga tahun lepas mungkin mencabar, faktor utama terletak kepada pengeluaran, dan menjelang akhir tahun, kami menjangkakan trend menurun,” kata agensi tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button