BERITA SEMASA

ADUN Duyong gerak kempen sedekah melalui penghantar makanan Grab

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencuri perhatian ramai apabila menggerakkan kempen sedekah makanan melalui tempahan Grab untuk diagihkan kepada rakyat Indonesia sebagai tanda solidariti.

Dalam hantarannya, beliau menzahirkan doa agar urusan rakyat Indonesia dipermudahkan susulan protes yang tercetus di negara jiran itu.

YB Helmy Grab Food
Gambar tempahan makanan di Indonesia yang dimuatnaik Mohd Noor Helmy di laman Facebook beliau.

“Semoga segalanya cepat selesai di Indonesia. Nanti kami tak ada hiburan tambahan nak ‘sakitkan hati’ di media sosial.

“Terima kasih yang ajar belikan makanan online over the sea. Kutub Utara dengan Kutub Selatan boleh buat online macam ni tak?” selorohnya dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

Beliau berkata, kiriman makanan tersebut boleh dibuat dengan meninggalkan sebaris pesanan untuk memaklumkan penerima bahawa ia adalah satu sumbangan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji usaha itu.

“Masa kita kena ugut dengan Israel dulu bila buat Israel koyak, orang-orang Indonesia ramai yang backup kita. Sekarang masa untuk balas budi si abang,” kata seorang pengguna, Ruzita Anang.

“Nasi mereka murah-murah, ya. Sambil nak order tu terliur pula tengok,” ujar Nur Jalilah Abd Jamil.

Sementara itu, Abu Raed pula mengandaikan tindakan seumpama itu pasti mendapat sambutan sekiranya ia dapat digunakan untuk membantu rakyat Palestin yang kebuluran.

“Andailah di Gaza itu ada kemudahan sebegini. Allahu. Auto teringat kat orang berlapar,” tulisnya.

Perkongsian itu bukan sahaja mencetuskan rasa empati, malah mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara rakyat Malaysia dan Indonesia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button