JENAYAH & MAHKAMAH

Penemuan jasad wanita dalam beg ditanam, seorang lagi ditahan

SEREMBAN – Polis menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan susulan penemuan jasad seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4 Pedas, Rembau, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, lelaki berusia awal 50-an itu ditahan di sekitar Genting Sempah, Pahang, petang tadi.

“Dengan penahanan itu, menjadikan dua lelaki ditahan untuk bantu siasatan kes ini dan siasatan masih dilakukan,” katanya, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang lelaki ditahan di Melaka, semalam bagi membantu siasatan susulan penemuan jasad berkenaan , semalam.

Lelaki yang turut didapati mempunyai enam rekod jenayah itu kemudian direman selama seminggu hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button