Pemandu Range Rover tular di media sosial ditahan, positif 3 jenis dadah
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan Range Rover Velar secara berbahaya dan tular di media sosial ditahan polis susulan ujian saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek berusia 32 tahun itu hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
“Hasil pemeriksaan mendapati ujian Evidential Breath Analyzer (EBA) menunjukkan bacaan 0mg/100ml.
“Bagaimanapun ujian urin di IPD Dang Wangi mendapati pemandu positif ketamin, amphetamine dan methamphetamine.
“Suspek kini ditahan di IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Mohd Zamzuri, pihaknya masih menyiasat keberadaan dua penumpang di dalam kenderaan tersebut.
Terdahulu, media melaporkan polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan berbahaya dan didakwa pemandunya berada di bawah pengaruh alkohol di Lebuh Raya Sungai Besi menghala ke Taman Naga Emas.
Video berdurasi satu minit itu memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan mewah bergerak dengan tayar belakang kanan dalam keadaan pecah dan hancur sebelum tular di media sosial semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment