JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar Tingkatan Lima dirawat di hospital, disyaki terminum bahan beracun di sekolah

SUNGAI SIPUT – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima menerima rawatan di hospital selepas disyaki terminum bahan beracun ketika berada di kawasan sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat yang tidak disahkan berhubung insiden berkenaan.

Katanya, tindakan tersebut penting bagi menghormati privasi mangsa dan keluarganya selain mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button