BERITA SEMASA

Pelajar sekolah agama jatuh perigi stabil – JPN Kelantan

KUALA LUMPUR – Pelajar lelaki tingkatan lima yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 5.5 meter di perkarangan sekolahnya di Tumpat, Kelantan, pagi semalam, kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan berkata, punca kemalangan sedang disiasat dan tumpuan pihaknya kini adalah untuk memastikan rawatan terbaik kepada pelajar berkenaan serta sokongan diberikan buat keluarga.

perigi
Keadaan mangsa yang terjatuh ke dalam perigi (gambar kiri) sebelum diselamatkan pihak bomba (gambar kanan) dalam insiden di SMKA Falahiah, Tumpat semalam. – Foto JBPM

“JPN Kelantan prihatin terhadap kejadian pelajar terjatuh ke dalam telaga di sebuah sekolah, di sini semalam.

“Murid berkenaan kini sedang dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah di Wakaf Bharu, Wan Ahmad Mukhlis Wan Md Fadhli, 17, mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh ke dalam perigi yang dipenuhi air separas pinggang.

BACA JUGA:

Pelajar tingkatan lima jatuh perigi, berzikir hampir sejam sebelum diselamat

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Azmi Sulaiman dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai duduk di atas penutup perigi yang diperbuat daripada simen sementara menunggu peperiksaan yang dijadualkan pada pukul 11 pagi.

Menurutnya, mangsa ketika itu sedang berbual bersama rakan-rakan sebelum penutup perigi tersebut tiba-tiba pecah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button