BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar Tingkatan 2 hilang di Sri Damansara

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang secara misteri di kawasan Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, Bandar Sri Damansara, di sini pada Sabtu lalu.

Mangsa, Qhalesya Medina Roselaine, dilaporkan kali terakhir dilihat sekitar jam 5 petang sebelum gagal dikesan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan itu pada 14 Oktober sekitar jam 4.50 petang.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izahita a/p Itam di talian 010-251 3690 bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut laporan, remaja berkenaan mempunyai ketinggian 148 sentimeter, berat sekitar 48 kilogram, berkulit sawo matang, serta memiliki hidung mancung dan bibir nipis.

Ketika dilaporkan hilang, Qhalesya dipercayai memakai tudung dan berpakaian santai.

Pihak keluarga kini buntu dan memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan keberadaan anak mereka bagi membantu usaha pencarian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Damansara atau hotline polis 03-2115 9999, bagi membantu siasatan dan usaha mengesan pelajar terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button