[VIDEO] Pelajar maut kemalangan pada hari pertama persekolahan
KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan tiga maut pada hari pertama persekolahan setelah terlibat dalam satu kemalangan di Pengadang Baru, di sini pagi tadi.
Mangsa, Nor Azimi Nor Hashim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan, lapor KOSMO.
@malaysiatribune Seorang pelajar tingkatan tiga maut pada hari pertama persekolahan setelah terlibat dalam satu kemalangan di Pengadang Baru, Terengganu, hari ini. #malaysiatribune #beritasemasa #trandingnewsmalaysia
Difahamkan kemalangan pukul 6.40 pagi itu berlaku ketika Nor Azimi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Belukar Sukai, Kepong di sini setelah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Pengadang Baru.
Mangsa difahamkan mahu mengambil adik perempuannya berusia 14 tahun di rumah sebelum sama-sama ke sekolah dengan menaiki motosikal.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal di tunggang Nor Azimi gagal mengelak lalu merempuh sebuah kereta Perodua Axia yang dikatakan keluar simpang.
Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak sebelum motosikal Honda EX5 dinaikinya terbakar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








