Pekerja tidak perlu panik jika cuti tahunan bertindih dengan Hari Raya
KUALA LUMPUR – Golongan pekerja diingatkan agar tidak risau sekiranya cuti tahunan yang telah dipohon bertindih dengan tarikh 1 Syawal yang mungkin jatuh lebih awal pada Jumaat ini kerana hak mereka tetap dilindungi undang-undang buruh.
Pakar sumber manusia dan pempengaruh, Sim Ling Ku atau lebih dikenali sebagai Aunty HR menjelaskan bahawa Akta Kerja 1955 melalui Seksyen 60D (1B) menetapkan garis panduan jelas jika hari kelepasan am berlaku semasa pekerja sedang bercuti.
“Kalau anda sudah memohon cuti tahunan (AL) pada Jumaat, 20 Mac dan hari itu diumumkan sebagai Hari Raya pertama, jangan risau.
“Cuti umum secara automatik akan menggantikan AL anda kerana cuti tahunan tidak boleh ditolak pada hari kelepasan am,” katanya.
Aunty HR menambah, pekerja boleh berbincang dengan majikan untuk memindahkan cuti tersebut ke hari bekerja lain, contohnya Isnin agar tempoh cuti dapat dilanjutkan dan sesuai dengan perancangan asal.
“Penyelarasan ini memerlukan persetujuan kedua-dua pihak dan komunikasi yang baik antara majikan dan pekerja adalah kunci,” ujarnya.
Beliau turut menekankan pekerja boleh terus membuat permohonan cuti mengikut kalendar rasmi tanpa bimbang kerana hak mereka sentiasa dilindungi oleh undang-undang buruh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








