BERITA SEMASA

PDRM umum pertukaran enam pegawai kanan berkuat kuasa 9 Februari

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan enam pegawai kanannya dalam satu penstrukturan semula kepimpinan, berkuat kuasa 9 Februari ini.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran itu membabitkan beberapa jawatan strategik di Bukit Aman serta peringkat kontinjen negeri.

Menurut beliau, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Mohd Yusri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Jawatan tersebut akan diisi oleh Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali yang sebelum ini mengetuai Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara (KPN).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad ditukarkan ke Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat KPN.

Di Sarawak, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkifli Suhaili dipindahkan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dan akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sarawak, Asisten Komisioner Roselina Daud turut memangku pangkat SAC apabila dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak.

Selain itu, Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri, Johor, Asisten Komisioner Pozlan Ibrahim ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, sambil memangku pangkat SAC.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button