BERITA SEMASA

PBB puji dasar Malaysia perjuangkan hak rakyat Palestin

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang sentiasa memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan menubuhkan negara sendiri.

Beliau berkata, Malaysia sentiasa konsisten dan tidak berat sebelah dalam memperjuangkan isu berkenaan.

Perkara itu disampaikan Guterres pada sidang media sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-PBB di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Ketika becakap mengenai Misi Pengaman PBB ke Gaza, Guterres berkata, perkara itu masih belum dimuktamadkan.

Jelas beliau, ketika ini masih belum jelas jenis pasukan dan keadaan di mana ia akan diwujudkan.

“Apa yang penting sekarang ialah memastikan gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya dan fasa pertama perjanjian dilaksanakan.

“PBB bersedia memainkan apa jua peranan yang dipersetujui oleh pihak-pihak utama dalam proses berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia bersedia menyertai Misi Pengaman PBB ke Gaza bersama negara-negara sehaluan termasuk dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button