Pasangan Rusia tawan menara Empire State, kibar mesej keamanan sebelum ditahan
NEW YORK – Sepasang pelagak ekstrem dari Rusia bertindak memanjat puncak bangunan ikonik Empire State Building di sini sebelum mengibarkan sepanduk keamanan dalam aksi yang berakhir dengan penahanan mereka oleh pihak berkuasa.
Angela Nikolau dan Vanya Beerkus memanjat menara antena bangunan setinggi 443 meter itu sambil merakam aksi berbahaya untuk dikongsi di media sosial mereka @angela_nikolau.
Pasangan tersebut mengibarkan sepanduk hitam tertera mesej berbunyi “When the power of love beats the love of power the world knows peace” (Apabila kuasa cinta mengatasi kecintaan terhadap kuasa, dunia akan mengenal keamanan).
Rakaman udara tersebut turut menunjukkan pasangan itu kemudian turun ke satu platform lebih rendah pada struktur antena tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum Beerkus melutut melamar Nikolau.
Selepas lamaran diterima, pasangan berkenaan berpelukan dan bercium, manakala Nikolau dilihat mempamerkan cincin pertunangannya ke akaun Instagramnya yang mempunyai 1.4 juta pengikut.
Kedua-dua mereka dikenali sebagai pengamal aktiviti ekstrem dikenali sebagai rooftopping, iaitu memanjat bangunan pencakar langit tanpa kelengkapan keselamatan.
Pasangan itu sebelum ini turut menjadi subjek dokumentari Skywalkers: A Love Story yang diterbitkan pada 2024, memaparkan kehidupan dan aksi berani mereka di bangunan-bangunan tertinggi dunia.
Bagaimanapun, aksi terbaru di Empire State Building itu berakhir dengan penahanan oleh pihak berkuasa New York.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















