Pasang, manfaat VSP untuk bantu polis cegah jenayah khususnya di Banting
BANTING – Penduduk di sekitar Kuala Langat dinasihatkan untuk memasang dan memanfaatkan aplikasi telefon pintar Volunteer Smartphone Patrol (VSP) sebagai kemudahan kepada masyarakat dalam membantu mencegah jenayah.
Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Asisten Superintendan Fadzli Hairi Ramli berkata,
VSP merupakan sistem keselamatan bagi penduduk untuk memudahkan mendapatkan pertolongan secara cepat dan mudah setelah membuat pendaftaran.
“Selain daripada mendapatkan pertolongan daripada pihak polis sistem VSP juga boleh digunakan untuk membuat aduan serta memohon pihak polis untuk membuat rondaan sekiranya meninggalkan rumah kosong terutamanya semasa musim cuti perayaan,” katanya.
Fadzli Hairi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sesi Turun Padang@Bandar Banting Bandar Selamat’ “Komuniti Ambil Peduli Bandar Harmoni” yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Program yang dihadiri lebih 100 penduduk itu dirasmikan oleh Setiausaha MPKL, Zulkefli Mohamed Arif.
Yang hadir sama, Ahli Majlis MPKL, Nur Zairina Muzaini.
Dalam pada itu Fadzli turut menyeru agar semua masyarakat di Banting menggunakan sistem itu untuk memudahkan pihak polis mendapatkan maklumat.
Pada masa sama, beliau turut meminta agar MPKL dan wakil penduduk menyebar luaskan penggunaan sistem VSP untuk tujuan kesejahteraan dan keselamatan komuniti seiring dengan slogan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















