Ops Tiris 4.0 diperkasa, kerajaan perkukuh kawalan tangani krisis tenaga global
PUTRAJAYA – Kerajaan memperkukuh pelaksanaan Ops Tiris 4.0 secara bersepadu bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan barang kawalan susulan kesan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lalu menerusi pengaktifan Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan (JTPAP).
Menurutnya, jawatankuasa tersebut dianggotai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN; Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Pertahanan (MINDEF); Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) selain turut melibatkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, termasuk agensi penguatkuasaan berkaitan.
“Pengaktifan jawatankuasa tertinggi ini bertujuan memperkasa penguatkuasaan dan pemantauan ketirisan barang kawalan.
“Tindakan ini diambil susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat yang telah meningkatkan risiko penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan khususnya bahan api diesel dan petrol,” katanya pada sesi Taklimat Harian Krisis Tenaga Global, di sini hari ini.
Beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil, selain memperketat kawalan pengedaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







