BERITA SEMASADALAM NEGERI

Ops Siaga Raya 2025 dilancarkan

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming semalam merasmikan Majlis Pelancaran Ops Siaga Raya 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang berlangsung di IOI City Mall, di sini.

Program itu bertujuan untuk menyusun strategi awal dalam memastikan kesiapsiagaan JBPM menghadapi sebarang insiden kecemasan sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kor Ming dalam ucapannya menegaskan kepentingan pendekatan menyeluruh bagi mengurangkan risiko keselamatan semasa musim perayaan.

“Bagi meminimumkan risiko-risiko ini, kementerian melalui JBPM akan memberi penekanan kepada lima aspek utama iaitu pendidikan, penguatkuasaan, pencegahan, pemantauan berterusan dan kolaborasi strategik,” katanya.

Beliau turut menekankan peranan masyarakat dalam menyokong usaha JBPM, termasuk penglibatan aktif dalam Bomba Sukarela bagi memastikan keselamatan komuniti dan mengurangkan risiko kebakaran.

Setiap kali tibanya musim perayaan, terdapat peningkatan risiko keselamatan seperti kebakaran, kemalangan jalan raya serta insiden berkaitan aktiviti air yang sering berlaku.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JPBM, Datuk Nor Hisham Mohammad; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Selangor, Superintendan Edward Kondokor serta pegawai-pegawai kanan JSPT Bukit Aman dan JSPT Kontinjen Selangor.

Kehadiran pihak polis dalam program tersebut mencerminkan komitmen strategik antara agensi keselamatan dalam memastikan persiapan rapi menjelang musim perayaan yang bakal tiba.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button