[VIDEO] Objek dipercayai bom buatan sendiri meletup, seorang dipercayai cedera
NILAI – Sekurang-kurangnya seorang individu dipercayai cedera dalam insiden letupan objek dipercayai bom buatan sendiri di sebuah pusat komersil Desa Palma, di sini hari ini.
Menurut laporan Sin Chew Daily, letupan itu berlaku pukul 6 pagi tadi.
View this post on Instagram
Laporan sama turut menyebut, siasatan awal mendapati suspek cedera akibat bahan tersebut meletup secara tidak sengaja di kawasan tempat letak kenderaan tersebut.
Suspek yang dipercayai cedera berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, kemudiannya melarikan diri.
Susulan kejadian, pihak berkuasa difahamkan turut menemukan sejumlah besar bahan letupan yang disorokkan di tingkat atas sebuah kedai di kawasan komersial berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan. Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mohamad Asiff Jamaldin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Beliau memberitahu, anggota yang dihantar ke lokasi menemukan banyak paku di atas jalan, manakala beberapa kenderaan lain didapati terkena serpihan letupan di salah satu blok berdekatan.
“Pasukan bomba dihubungi untuk hadir ke lokasi bagi membantu siasatan dan mengawal keadaan. Siasatan lanjut diteruskan, termasuk untuk mengenal pasti objek yang meletup.
“Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan akan memberikan maklumat lanjut berkaitan kes itu,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



















