Nik Nazmi nafi dakwaan akan khianat PKR bersama Rafizi
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menepis spekulasi liar bahawa beliau dan Datuk Seri Rafizi Ramli akan mengkhianati Parti Keadilan Rakyat (PKR), susulan keputusan mereka melepaskan jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Nik Nazmi menegaskan, tindakan tersebut tidak wajar ditafsirkan sebagai tanda berpaling tadah atau hilang kesetiaan terhadap parti yang mereka wakili.
“Kami hanya meletakkan jawatan. Tidak timbul soal mengkhianati perjuangan parti,” ujar beliau dalam satu kenyataan ringkas di media sosial, hari ini.
Kenyataan ringkas Nik Nazmi yang juga bekas Naib Presiden PKR itu timbul di tengah-tengah dakwaan seramai 11 Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dakwaan tersebut telah dinafikan oleh beberapa pemimpin PKR yang menyifatkan senarai itu sebagai palsu dan tidak berasas.
Untuk rekod, Rafizi yang memegang portfolio Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi selaku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah mengumumkan peletakan jawatan mereka daripada Kabinet berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai.
Kedua-dua pemimpin ini membuat keputusan tersebut selepas tewas dalam pemilihan PKR 2025 yang berlangsung minggu lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








