BERITA SEMASAPOLITIK

Negeri Sembilan akan ikut jejak Johor jika DUN dibubar – Anthony Loke

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, Negeri Sembilan sedia untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Johor mengambil langkah sama bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut beliau, jika Johor membubarkan DUN dan Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 56 kerusi, maka Negeri Sembilan juga bersedia menghadapi pertandingan di kesemua 36 kerusi DUN negeri itu.

“Jika Johor bubar DUN esok, Negeri Sembilan juga kita akan bubarkan esok.

“Memandangkan Johor mahu bertanding di semua 56 kerusi DUN, Negeri Sembilan juga kita lawan semua 36 kerusi,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN Johor pada PRN akan datang.

Dalam pada itu, Anthony berkata, rakyat Johor perlu memahami bahawa pembangunan pesat yang berlaku di negeri itu ketika ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Johor memang pesat membangun dalam tempoh tiga, empat tahun kebelakangan ini, tetapi faktanya ia melibatkan projek-projek pusat khususnya melibatkan pengangkutan seperti perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link).

“Memang ia dimulakan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sejak kita ambil alih pada 2022, banyak isu belum selesai dan hampir terbengkalai, tetapi komitmen kerajaan pusat dan menteri-menteri Pakatan Harapan menyaksikan projek itu hampir siap,” katanya memetik laporan Utusan Online.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button