BERITA SEMASA

Negara berdukacita dengan tragedi libatkan nahas 2 helikopter TLDM – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah di atas tragedi menyayat hati membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini.

Perdana Menteri menerusi satu kenyataan turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban.

“Negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dengan doa agar diberi kekuatan dalam menghadapi musibah ini,” katanya.

Dalam pada itu Anwar turut mendoakan semoga roh semua yang terkorban dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa mereka.

“Tragedi ini ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.

“Saya dimaklumkan satu siasatan segera akan dijalankan Kementerian Pertahanan khususnya TLDM untuk mencari punca nahas,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button