
Naratif ekonomi MADANI dilancar menjelang Ogos ini
PUTRAJAYA – Kerajaan akan melancarkan naratif ekonomi MADANI menjelang Ogos ini bagi hala tuju ekonomi negara yang lebih jelas
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, naratif tersebut penting bagi memudahkan pelan tindakan pelaksanaan dasar di peringkat kementerian dan jabatan berkaitan.
“Kita cuba meluncurkan naratif ekonomi Madani ini menjelang Ogos 2023. Sementara itu, beberapa dasar segera yang terpaksa dilaksanakan akan diteruskan,” kata Anwar, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Bangunan Putra Perdana, di sini hari ini.
Beliau seterusnya menambah, naratif berkenaan bakal menjadi satu kerangka besar dan umum kepada nadi ekonomi negara, dan akan dijelaskan kepada rakyat secara berperingkat.
Beliau berkata, pada masa kini kerajaan memberi keutamaan dan tumpuan terhadap bidang-bidang ekonomi yang perlu difahami oleh rakyat.
“Prinsip-prinsis ekonomi kita cerakin ringkas dalam buku MADANI, tetapi Kementerian Ekonomi dan kementerian terlibat serta sektor swasta bila ada proses libat urus (akan) menentukan beberapa dasar seperti soal guna tenaga dan keutamaan pelaburan dan soal ekonomi hijau dan lain-lain,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















