Myanmar terbitkan RUU cadang hukuman mati ke atas pengendali pusat scam
NAYPYIDAW – Parlimen Myanmar hari ini menerbitkan rang undang-undang (RUU) yang mencadangkan hukuman mati terhadap mereka yang menahan atau memaksa individu secara ganas untuk bekerja di pusat penipuan dalam talian.
Pusat penipuan internet berkembang pesat di Myanmar dan menyasarkan pengguna internet seluruh dunia dengan penipuan pelaburan mata wang kripto dan penipuan cinta, lapor AFP.
Pasaran gelap bernilai berbilion-bilion dolar itu menarik ramai pekerja secara rela tetapi ramai warga asing yang dihantar pulang melaporkan bahawa mereka diperdagangkan ke pusat-pusat penipuan di Myanmar dan diseksa oleh pengendalinya.
RUU itu mencadangkan hukuman mati bagi ‘keganasan, penyeksaan, tangkapan dan penahanan yang menyalahi undang-undang, atau layanan kejam terhadap orang lain bagi tujuan memaksa mereka melakukan penipuan dalam talian’.
Antara humuan lain dicadangkan termasuk penjara seumur hidup ke atas pengendali pusat penipuan dalam talian dan mereka yang ‘melakukan penipuan mata wang digital (penipuan kripto)’.
Parlimen yang disokong tentera Myanmar dijadualkan bersidang pada minggu pertama Jun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








