BERITA SEMASA

Murid maut terkena renjatan elektrik: JPN Sarawak zahir ucapan takziah, beri bantuan kepada keluarga mangsa

KUCHING – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak akan memastikan bantuan terbaik disalurkan kepada keluarga murid yang maut terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di negeri ini, semalam.

Dalam satu kenyataan, JPN Sarawak berkata, pihaknya juga akan memastikan kebajikan seorang lagi murid yang sedang menerima rawatan akibat kejadian sama terjaga.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan seluruh keluarga diberi ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini,” kata kenyataan berkenaan.

Menurut JPN Sarawak, keutamaan ketika ini adalah memastikan bantuan terbaik disalurkan kepada keluarga mangsa selain menjaga kebajikan seorang lagi murid yang sedang menerima rawatan akibat kejadian sama.

“Semoga beliau diberikan kesembuhan segera,” katanya.

BACA JUGA:

Pelajar Tingkatan Empat maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengambil wuduk

JPN Sarawak turut memaklumkan kejadian terbabit kini dalam siasatan pihak berkuasa, manakala siasatan dalaman turut dijalankan bagi meneliti aspek pematuhan keselamatan di sekolah berkenaan.

“Kawasan kejadian telah ditutup, murid, guru dan seluruh warga sekolah tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian sehingga keadaan disahkan benar-benar selamat,” kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar Tingkatan Empat maut akibat terkena renjatan elektrik mengambil wuduk di sekolah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos, pihaknya menerima laporam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8 malam ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button