HIBURANLUAR NEGARA

Misteri selubungi kematian Kim Sae-ron 

SEOUL – Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan kematian tragis pelakon Kim Sae-ron, yang ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul semalam.

Mayat bintang muda berusia 24 tahun itu ditemui oleh rakannya kira-kira pukul 4.50 petang sebelum menghubungi pihak polis.

Kim Sae-ron

Kematian itu mencetuskan pelbagai spekulasi terutamanya mengenai latar belakang dan kontroversi yang dikaitkan dengan Kim Sae-ron.

Polis Seoul mengesahkan insiden tersebut dan menyatakan siasatan awal tidak menemui sebarang tanda pencerobohan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kematian, termasuk menunggu laporan perubatan rasmi.

Kim Sae-ron pernah menjadi antara pelakon muda berbakat selepas memulakan kerjaya menerusi filem A Brand New Life (2009) dan melonjak populariti dalam The Man From Nowhere (2010).

Namun, kehidupannya mula berubah selepas ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada Mei 2022.

Dalam kejadian di Gangnam itu, dia pernah melanggar beberapa harta awam sehingga mengakibatkan kerosakan teruk.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak 20 juta won (RM70,000) pada April 2023.

Sejak kejadian itu, kariernya mengalami kejatuhan dengan tawaran lakonan semakin berkurangan.

Dia juga dilaporkan mula menghilangkan diri dari dunia hiburan dan tidak lagi menghadiri acara-acara dalam industri.

Pada April 2024, Kim cuba membuat kemunculan semula menerusi sebuah pementasan tetapi akhirnya menarik diri dengan alasan masalah kesihatan.

Tindakan itu menimbulkan pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan bahawa dia masih terkesan dengan ‘kisah’ lamanya.

Berita kematian mengejut Kim Sae-ron terus menjadi perbualan hangat, dengan ramai pihak tertanya-tanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan tekanan yang dihadapinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan sebarang kemungkinan termasuk unsur jenayah atau faktor lain yang mungkin menjadi punca kematiannya.

Sementara itu, peminat dan rakan industri terus menunggu perkembangan terkini mengenai kes itu, sambil mengenang bakat besar yang pernah dimiliki mendiang dalam industri hiburan Korea.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button