LUAR NEGARA

Mesir sedia bantu Arab Saudi hadapi serangan Houthi

KAHERAH – Mesir bersedia memberikan bantuan ketenteraan kepada Arab Saudi bagi mempertahankan keselamatan negara itu susulan peningkatan serangan kumpulan Houthi dari Yaman yang disokong Iran.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menjaduallkan sidang tergempar Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk menggerakkan bantuan ketenteraan sekiranya Riyadh membuat permintaan rasmi.

Menurut kenyataan Presidensi Mesir pada Ahad, Kaherah akan menyediakan segala bentuk bantuan yang perlu dan mampu diberikan bagi melindungi keselamatan, kestabilan wilayah serta kepentingan Arab Saudi.

“Langkah itu menyusul susulan serangan berulang Houthi yang menyasarkan infrastruktur penting Arab Saudi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan kemudahan syarikat minyak negara, Saudi Aramco baru-baru ini,” lapor berita antarabangsa.

Al-Sisi menegaskan bahawa kesediaan Mesir itu pada dasarnya adalah bertujuan untuk mempertahankan Arab Saudi, bukannya melancarkan serangan terhadap mana-mana pihak.

Perkembangan berkenaan meningkatkan kebimbangan konflik Asia Barat semakin meluas, khususnya ketika ketegangan melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel yang memberi kesan kepada keselamatan serantau serta bekalan tenaga global.

Mesir dan Arab Saudi mempunyai hubungan strategik serta ekonomi yang rapat. Mesir juga pernah menyertai gabungan pimpinan Arab Saudi dalam campur tangan ketenteraan di Yaman pada 2015, namun peranan tempurnya ketika itu terhad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button