BERITA SEMASA

Mesir komited permudah bantuan kemanusian Malaysia ke Gaza

PUTRAJAYA – Mesir memberi komitmen untuk mempermudah penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan dan komiten jelas itu dicapai hasil perbincangan beliau bersama-sama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, Presiden El-Sisi memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk memastikan akses ini dipermudah, sekali gus membolehkan bantuan segera disalurkan kepada lebih 100,000 penduduk Gaza yang amat memerlukan,” kata Anwar dala hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar turut menegaskan, Malaysia sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang halangan, khususnya daripada rejim Zionis Israel yang terus merencatkan usaha kemanusiaan berkenaan.

“Dalam saat dunia diuji dengan ketidakpedulian dan hipokrasi, Malaysia akan terus berdiri sebagai suara yang berprinsip dan bermaruah, mempertahankan hak mereka yang tertindas.

“Mohon doa agar segala urusan dipermudah dan bantuan ini sampai dengan selamat kepada saudara kita di Gaza, Insya Allah,” kata Anwar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button