
MBSA tawar pengurangan kompaun 70 peratus, pertandingan fotografi
SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan bayaran kompaun letak kenderaan sehingga 70 peratus sempena Kempen Pengurangan Kompaun bulan Ramadan kali ini.
MBSA dalam kenyataannya di Facebook berkata, kempen itu menawarkan pengurangan sebanyak RM20 bagi Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBSA 2007 dan pengurangan sehingga 70 peratus bagi kompaun terpilih oleh majlis.
“Kempen ini akan bermula dari 12 Mac hingga 09 April 2024. Ayuh rebut peluang ini untuk menyelesaikan kompaun tertunggak anda!
“Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan, MBSA di talian 03-5513 3919,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, MBSA turut mengumumkan penganjuran Pertandingan Fotografi Shah Alam 2024 yang dibuka antara 25 Mac 2024 hingga 31 Ogos 2024.
Pertandingan kali ini menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM2,000 bagi johan kategori Profesional dan Awam; RM1,500 bagi hadiah naib johan, RM1,000 hadiah tempat ketiga dan lima hadiah saguhati bernilai RM200.
Antara kategori yang dipertaruhkan adalah bangunan atau mercu tanda, alam semula jadi, gaya hidup dan pemandangan malam.
Untuk penyertaan, orang ramai boleh mengisi borang pertandingan dengan melayari www.mbsa.gov.my atau hubungi Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777 untuk maklumat lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








