BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Mayat lelaki di Pantai Teluk Cempedak disahkan lemas

KUANTAN – Mayat seorang lelaki yang ditemukan terdampar di Pantai Teluk Cempedak pada 29 Oktober lalu disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, hasil bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

“Mayat lelaki berusia 20 tahun itu ditemui terbaring di tepi pantai peranginan berkenaan pada pukul 3.45 petang, hanya memakai seluar panjang hitam tanpa baju serta tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, proses pengecaman yang dilakukan waris mengesahkan mangsa berasal dari Temerloh dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Siasatan lanjut mendapati, lelaki itu keluar dari rumah pada 28 Oktober lalu dan tidak pulang, menyebabkan keluarganya membuat laporan kehilangan tiga hari kemudian.

“Mayat mangsa sudah dituntut waris dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button