Mayat bayi ditemukan di Lahad Datu, polis giat siasat kes buang bayi
Lahad Datu — Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, di sini.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, mayat bayi berkenaan ditemukan kira-kira jam 2 petang pada Selasa dan disahkan telah meninggal dunia ketika dijumpai.
“Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Lahad Datu bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit. Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








