BERITA SEMASA

JKNP nafi dakwaan bayi kembar diculik di Hospital Kuala Lipis

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan dakwaan berhubung sepasang bayi kembar yang kononnya dirawat selama sembilan bulan di Hospital Kuala Lipis.

Menurut JKNP dalam satu kenyataan hari ini, berdasarkan semakan rekod, tiada sebarang kes bayi kembar dirawat di wad kanak-kanak hospital berkenaan seperti yang didakwa.

Selain itu, hasil semakan JKNP juga mendapati, tiada individu bernama Dr. Amalina Husna yang didakwa bertugas sebagai doktor di hospital tersebut.

“Kita memandang serius berhubung laporan kes tular di media sosial yang bertajuk “Sepasang Bayi Kembar Hilang Dilarikan oleh ‘Doktor Palsu’ di Hospital Kuala Lipis.

“Siasatan awal telah dilaksanakan dan mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa telah menerima rawatan selama 9 bulan di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lipis.

“Kali terakhir ibu berkenaan menerima rawatan di Hospital Lipis adalah pada Julai 2024,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung seorang wanita mendakwa sepasang bayi kembarnya yang dirawat di hospital berkenaan tidak ditemui dipercayai diculik pegawai perubatan di hospital tersebut.

Menurut JKNP lagi, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi Hospital Kuala Lipis bagi mengelakkan sebarang berita yang tidak berasas disebarkan sewenang-wenangnya.

Tegasnya, tindakan terbabit juga boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti pengurusan dan perawatan di Hospital Kuala Lipis dan JKNP khususnya.

“Jadi, kita ingatkan orang ramai agar berhati hati dalam penyebaran maklumat jika tidakya pasti kesahihannya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button