Bayi 19 bulan maut, terlepas dari pegangan bapa ketika berkayak
BALING – Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas dari pegangan lelaki itu.
Difahamkan, bayi lelaki yang lemas itu dikenali sebagai Adryan Mikail Mohd Afiq, lapor Buletin TV3
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi itu terlepas dari pegangannya dalam kejadian jam 11.50 pagi tadi.
Beliau berkata, mangsa kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau, di sini.
“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.
Shamsudin berkata, mayat bayi berkenaan ditemui pada jam 12.45 tengah hari dengan bantuan orang awam dan penduduk di Kampung Sungai Limau.
Beliau berkata, mayat Adryan Mikhael Muhammad Afiq kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Media hari ini melaporkan, seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas selepas dihanyutkan di Sungai Lubuk Pedati, di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








