BERITA SEMASA

Masuk laluan bertentangan, jurujual maut kereta bertembung lori sawit

SETIU – Seorang jurujual wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit di Kilometer 50, Jalan Pantai Kuala Terengganu–Permaisuri berhampiran Kampung Telaga Putat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian kira-kira jam 6.11 petang itu melibatkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah kereta Perodua Myvi.

Menurutnya, mangsa, Tuan Nur Amirah Tuan Azhar, 32, yang bekerja sebagai jurujual kereta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu lori berusia 41 tahun yang membawa muatan buah kelapa sawit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati lori terbabit sedang bergerak dari Kampung Bari Besar menghala ke FGV Kampung Rahmat untuk menghantar muatan kelapa sawit.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu menuju ke Pasir Puteh, Kelantan dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan lori berkenaan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mohd Zain berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button