BERITA SEMASADALAM NEGERI

Konon jaga nama baik, tiada kompromi pengurusan MARA sembunyi kes buli – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR – Tindakan menyembunyikan kes buli di institusi pendidikan di bawah selian Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah satu kesalahan jenayah dan tidak akan dikompromi, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Pengerusi MARA menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak pengurusan institusi pendidikan MARA yang didapati menyembunyikan kes buli atas alasan mahu menjaga nama baik dan reputasi institusi.

“Saya ingin tegaskan, adalah satu kesalahan jenayah untuk menyembunyikan kes buli.

“Jika ada pihak pengurusan mana-mana Institusi Pendidikan MARA yang berbuat demikian (sembunyi kes buli) kononnya nak jaga nama baik dan reputasi, tindakan tegas dan keras pasti akan diambil!” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Baca juga : Isu buli: Jangan ‘swasta’ peranan didik anak – Asyraf Wajdi

Asyraf sebelum ini berjanji budaya buli dalam kalangan pelajar institusi pendidikan di bawah MARA akan dihapuskan sehingga ke akar umbi.

Beliau berkata, MARA akan menetapkan sasaran ‘Sifar Buli’ di semua MRSM supaya budaya toksik seperti itu tidak lagi berlaku sekali gus dihapuskan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button