BERITA SEMASA

Nahas UPSI : Yayasan Pelajaran MARA sumbang RM1,000 kepada pelajar terbabit kemalangan

GERIK — Yayasan Pelajaran MARA menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, hari ini yang turut menziarahi mangsa di Hospital Gerik.

“Saya sendiri telah menyampaikan kepada beberapa keluarga mangsa terkorban dan melawat mangsa-mangsa yang terselamat di Hospital Gerik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Baca juga : Kerajaan Terengganu salur bantuan kepada mangsa nahas bas UPSI

Dalam kejadian pukul 3.40 pagi tadi, 14 pelajar UPSI dan seorang kelindan disahkan maut apabila bas yang dinaiki mereka terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna.

Ketika lawatan tersebut, Asyraf Wajdi meluahkan rasa simpati terhadap keadaan mangsa serta ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Beliau turut menyatakan rasa sebak apabila beberapa ahli keluarga mangsa baru menerima berita duka tentang kehilangan orang tersayang, terutamanya mereka yang baru sahaja tiba dari Jerteh sebelum kejadian berlaku.

“Doa kami mengiringi semua mangsa kemalangan ini, semoga mereka diberi kekuatan dan kesembuhan yang segera. Bagi keluarga yang kehilangan, kami berharap mereka terus tabah menghadapi ujian yang berat ini,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button