Lelaki ditemukan meninggal dunia bukan kakitangan UPSI – Naib Canselor
TANJUNG MALIM – Lelaki yang ditemukan meninggal dunia dalam sebuah stor berkunci di sebuah fasiliti sukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi bukan kakitangan universiti tersebut.
Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, mangsa, Mohd. Radzi Ariffin, 53, merupakan pekerja syarikat swasta, UPSI Sports Bowling yang beroperasi di universiti berkenaan.
BACA JUGA:
Kakitangan UPSI maut dipercayai terperangkap dalam stor sukan
“Allahyarham disyaki mengalami serangan jantung dan proses bedah siasat sedang dilaksanakan di Hospital Slim River. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Bernam.
“Pihak syarikat akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian dan UPSI akan sentiasa memantau dan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa,” katanya, hari ini.
Difahamkan, pusat boling itu diuruskan oleh UPSI Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat universiti tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















