BERITA SEMASADALAM NEGERI

Polis rakam keterangan 17 saksi kes mansuh matrikulasi

KUALA LUMPUR – Seramai 17 saksi dirakam keterangan bagi kes Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze, berhubung kenyataannya yang menggesa pemansuhan program matrikulasi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini, keterangan daripada 17 saksi sudah diambil dan siasatan terhadap kenyataan Tang mengenai pemansuhan program matrikulasi serta cadangan menjadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai satu-satunya syarat kemasukan ke universiti awam masih diteruskan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Guan Eng (PH–Bagan) yang meminta penjelasan mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan.

Pada 23 September lalu, polis merakam keterangan Yi Ze selepas 14 laporan polis dibuat berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Yi Ze mencetuskan kontroversi apabila mencadangkan pemansuhan program matrikulasi dan mencadangkan kemasukan ke universiti awam hanya berasaskan keputusanSTPM.

Beliau kemudian memohon maaf dan menjelaskan bahawa penggunaan perkataan ‘hapuskan’ sudah menimbulkan salah faham.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button