BERITA SEMASA

635 autogate di 125 pintu masuk negara menjelang 2028 – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 635 sistem pintu automatik (autogate) akan dipasang di 125 pintu masuk negara menjelang Mac 2028 dalam usaha memperkukuh keselamatan sempadan dan menangani kemasukan tidak sah ke Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemasangan fasa pertama akan bermula Disember ini di beberapa lokasi utama termasuk Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor, KLIA Terminal 1 dan 2 serta lapangan terbang antarabangsa di Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

“Itu adalah sebahagian daripada inisiatif pendigitalan kawalan sempadan. Dengan sistem biometrik seperti pengecaman wajah, cap jari dan iris, kita boleh mengurangkan interaksi manusia dan menutup ruang kepada manipulasi kemasukan,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Lee Chean Chung (PH–Petaling Jaya) berhubung langkah menangani rasuah dan penyelewengan dalam Jabatan Imigresen, susulan pendedahan sindiket ‘Fly’ dan ‘U-Turn’ yang mencemarkan imej negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button