Zaliha dilantik Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI baharu
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor di Dewan Rakyat, hari ini.
“Yang Berhormat Sekijang, anda dilantik sebagai Pengerusi BBC. Tahniah kerana saya baru dapat pemakluman,” katanya.
Dr Zaliha menggantikan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Ekonomi dalam rombakan Kabinet Kerajaan MADANI pada 16 Disember lalu.
Dr Zaliha sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Kesihatan dan Menteri Wilayah Persekutuan.
BBC adalah kumpulan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, yang berperanan memastikan koordinasi kukuh antara Ahli Parlimen kerajaan pada sesi Parlimen, bertindak sebagai semak dan imbang serta mengukuhkan keharmonian dalam kerajaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








