BERITA SEMASA

Malaysia-Russia teruskan kerjasama Sains dan pendidikan tinggi pada JC-ESTC Ke-4 di Langkawi

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Russia akan meneruskan kerjasama dalam bidang Sains dan pendidikan tinggi pada mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Budaya (JC-ESTC) Ke-4 yang akan diadakan di Langkawi, November ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam ciapan di X berkata, kerjasama Malaysia-Rusia dalam bidang ini telah dimulakan sejak kedua-dua negara bersetuju menubuhkan JC-ESTC pada 2015.

“Tahun 2024, saya dan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia akan mempengerusikan mesyuarat JC-ESTC bersama,” katanya.

Menurut Zambry, beberapa penambahbaikan akan dibincangkan, termasuk meningkatkan jumlah pelajar yang datang ke kedua-dua negara, kerjasama penyelidikan pensyarah, perdagangan, kebudayaan dan pelancongan.

Beliau juga menyentuh perkara itu dalam ucapan bertajuk ‘Topical Issues of Developing Cooperation between Russia and the Countries of the Islamic World in the Field of Science and Higher Education in the Context of a Multipolar World Order’ pada Forum Ekonomi Antarabangsa Ke-16 Russia-Dunia Islam (KazanForum 2025) baru-baru ini.

Zambry merupakan antara delegasi Malaysia yang menyertai lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia, atas jemputan Presiden Vladimir Putin, bermula Selasa lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button