Malaysia rayu Myanmar lanjutkan gencatan senjata
KUALA LUMPUR – Bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat terus disalurkan kepada rakyat Myanmar, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN telah mengemukakan rayuan agar tempoh gencatan senjata yang dijadual tamat esok dilanjutkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, rayuan itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG), Mahn Win Khaing Than.
“Gencatan senjata sangat kritikal bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada semua tanpa diskriminasi.
“Kita ada menghantar satu lagi rayuan untuk lanjutkan gencatan senjata dan berharap semua pihak menghormatinya demi rakyat (Myanmar) yang sedang menderita,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia MADANI dan Rumah Mampu Milik Mukim Batu, di sini, hari ini.
Terdahulu, junta tentera Myanmar mengumumkan pelanjutan gencatan senjata sehingga 30 April bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu 28 Mac lalu.
Akibat gempa bumi itu, lebih 3,700 nyawa dan menyebabkan lebih 60,000 mangsa kini berlindung di khemah, manakala kira-kira dua juta penduduk kini berada dalam keadaan sangat memerlukan bantuan serta perlindungan segera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








